Sejarah Uchiha

Penemuan

Moyang kepada klan "Uchiha".

Klan Uchiha brasal daripada keturunan salah seorang budak lelaki (paling berusia di antara berdua) yang dipilih oleh Pendeta Enam haluan atau "Pendeta Rikudo" dan telah diamanahkan dengan kuasanya serta jalan dunia ninja. Namun begitu, Pendeta Rikudo telah memilih budak lelaki yang lebih muda itu menjadi "waris" kepadanya kerana beranggapan dia merupakan orang yang lebih sesuai, lalu mengakibatkan budak lelaki yang lebih berusia itu menjadi seorang yang pendendam. Melalui keturunan budak lelaki yang lebih muda itulah wujudnya Klan Senju yang kemudiannya menjadi musuh ketat Klan Uchiha.

Sebelum penemuan dan penubuhan perkampungan ninja, klan Uchiha merupakan salah satu daripada ninja upahan perang yang wujud di ketika itu. Oleh kerana mereka memiliki Sharingan, mereka dikenali sebagai salah satu klan di antara dua klan terkuat pada ketika itu (satu lagi klan merupakan Klan Senju). Madara Uchiha diketahui dan dikenali sebagai ahli klan Uchiha yang paling kuat setelah dia memiliki Mangekyō Sharingan dan kemudiannya dipilih sebagai pemimpin mereka. Di bawah pimpinan Madara, klan Uchiha berkembang kuat dan berjaya mengalahkan banyak klan yang mereka lawani. Namun, hanya Klan Senju sahaja yang dapat menandingi kekuatan mereka, sehinggakan apabila Klan Uchiha diupah oleh satu pihak, pihak yang lain pasti akan mengupah Klan Senju.

Konohagakure

Ahli klan Uchiha di bawah pimpinan Madara Uchiha pada awal penubuhan Konohagakure.

Harashima Senju yang juga pemimpin kepada klan Senju sudah mula bosan dengan peperangan. Mereka telah mengemukakan satu perjanjian damai kepada klan Uchiha. Madara beranggapan bahawa penyatuan di antara klan mereka akan membawa kepada kemusnahan klan Uchiha. Namun begitu, ahli-ahli klan Uchiha tidak menyetujui pemikiran Madara dan mengakibat Madara terpaksa menerima syarat perjanjian damai tersebut. Maka, melalui penyatuan dua klan terkuat ketika itu, wujudlah perkampungan ninja yang pertama iaitu Konohagakure dengan Harashima Senju menjadi Hokage yang pertama.

Madara percaya bahawa ini akan mengakibatkan klan Uchiha berada di bawah "kekuasaan" klan Senju. Ahli-ahli klan Uchiha tetap tidak menyetujui pemikiran Madara dan menganggap Madara sengaja mahu menimbulkan semula "bara" peperangan. Mereka semua telah membelakangi Madara dan mengakibatkan Madara keluar daripada Konohagakure. Setelah Madara keluar daripada pakatan Konohagakure, Tobirama Senju yang juga Hokage Kedua di Konoha ketika itu telah menyerahkan kepimpinan Pasukan Polis Konoha kepada klan Uchiha sebagai tanda kepercayaan. Menurut Madara, ia merupakan suatu helah untuk memantau ahli-ahli klan Uchiha dan memastikan mereka tidak terlibat dalam pengurusan pentadbiran di Konoha. Setelah beberapa tahun, sesetengah Uchiha seperti Uchiha Setsuna menyedari akan motif sebenar penyerahan "kepercayaan" tersebut dan cuba memulakan pemberontakan terhadap Konohagakure seperti mana yang dilakukan oleh Madara. Namun, mereka mendapati ia sudah agak terlambat untuk membetulkan keadaan kerana Senju sudah berkuasa dalam pentadbiran Konohagakure.

Pembunuhan beramai-ramai klan Uchiha

Ahli klan Uchiha di bawah pimpinan Fugaku Uchiha yang juga Pasukan Polis Konoha.

Sepuluh tahun kemudian, setelah serangan oleh Musang Berekor Sembilan, pihak Konoha mula mengesyaki dalam disebalik serangan tersebut adalah Madara Uchiha. Kemudian, keseluruhan klan Uchiha telah dipindahkan ke bahagian hujung kampung agar mereka mudah dipantau. Ahli-ahli klan Uchiha beranggapan bahawa ini adalah seperti apa yang dikhuatiri oleh Madara beberapa tahun kebelakangan. Oleh kerana itu mereka mula merancang untuk memberontak. Seorang ahli klan Uchiha iaitu Itachi Uchiha, tidak menyetujui dengan rancangan pemberontakkan tersebut dan telah memaklumkan pihak atasan Konoha di atas apa yang cuba dilakukan oleh pihak klan Uchiha. Pada masa itu, Hiruzen Sarutobi merupakan Hokage Ketiga yang mentadbir Konoha cuba membuat rundingan perdamaina dengan klan Uchiha namun tidak berhasil. Kegagalan rundingan ini boleh meruncingkan keadaan dan mencetuskan peperangan. Kemudian, Itachi telah diarahkan untuk membunuh ke semua ahli klan Uchiha tetapi dengan mengikuti beberapa syarat.

Itachi hanya membiarkan seorang sahaja ahli klan Uchiha hidup iaitu adiknya Sasuke Uchiha. Selepas insiden pembunuhan beramai-ramai tersebut, Sasuke kemudiannya hidup dengan berpegangkan kepada niat mahu membunuh Itachi demi membela keluarga dan klannya; sesuatu yang telah dirancang oleh Itachi awal-awal lagi. Setelah mencapai cita-citanya, Sasuke telah mengetahui suatu kebenaran yang lain iaitu Madara sebenarnya masih hidup sehingga kini. Madar telah memberitahu Sasuke akan sejarah sebenar klan Uchiha dan kenapa Itachi melakukan pembunuhan tersebut. "Kebenaran" yang dinyatakan oleh Madara ini menaikkan kemarahan Sasuke dan dia berhasrat untuk memusnahkan Konoha dengan bantuan daripada Madara.