Udara

Udara ialah campuran beberapa jenis gas. Udara bukanlah sebatian kerana gas-gas di dalamnya tidak berpadu secara kimia dan boleh dipisahkan secara fizikal. Gas-gas dalam udara terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, 0.03% karbon dioksida, 0.97% gas nadir, habuk, mikroorganisma (gas-gas lain). Kandungan udara juga bertukar dengan ketinggian. Apabila hidupan bernafas, kandungan oksigen berkurangan sementara kandungan karbon dioksida bertambah. Ketika tumbuhan menjalani sistem fotosintesis, oksigen kembali dibebaskan.Di antara gas-gas yang membentuk udara adalah seperti berikut: