Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006
Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006

Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006

Dua pusingan ujian peluru berpandu telah dilancarkan Korea Utara pada 5 Julai 2006. Korea Utara dilaporkan melancarkan sebanyak tujuh peluru berpandu berasingan.[1]. Ini termasuk dua peluru berpandu berjarak dekat Nodong-2, satu peluru berpandu Scud dan sehingga dua peluru berpandu jarak jauh Taepodong-2[2] yang dipercayai boleh sampai ke bahagian barat Amerika Syarikat iaitu negeri Alaska dan bahagian barat Kanada. Sesetengah pemerhati, seperti Menteri Luar Negeri Australia Alexander Downer, percaya yang Korea Utara akan cuba melancarkan lagi ujian peluru berpandu pada hari-hari akan datang.[3] Ia dilaporkan juga oleh saluran media NBC pada 5 Julai yang peluru berpandu Taepodong-2 kedua atau ketiga mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.Tidak seperti yang dilaporkan kebanyakan saluran media, ujian ini bukannya ujian kali pertama Korea Utara semenjak tahun 1998, atau yang pertama sejak satu persefahaman mengenai peluru berpandu telah dimeterai pada 13 September 1999 (disahkan 2004) dan Deklarasi Pyongyang 2002 antara Korea Utara dan Jepun. Korea Utara telahpun tidak mengotakan janjinya pada persefahaman-persefahaman di atas apabilia ia melancarkan ujian peluru Nodong-B pada 17 Januari 2006[4].

Rujukan

WikiPedia: Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006 http://www.news.com.au/perthnow/story/0,21498,1969... http://www.news.com.au/story/0,10117,19690891-401,... http://www.smh.com.au/news/world/n-korea-missile-l... http://www.theage.com.au/news/national/missiles-fo... http://www.cbc.ca/world/story/2006/07/05/north-kor... http://www.bangkokpost.com/breaking_news/breakingn... http://sun-bin.blogspot.com/2006/07/where-did-nort... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive... http://english.chosun.com/w21data/html/news/200607... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/world/40243...