Kuasa Ulquiorra_Schiffer

Ulquiorra merupakan Espada Cuatro, bermakna dia berkedudukan nombor empat dari segi kekuatan dalam tentera Aizen.[16] Dia mampu menggunakan cero dan juga tembakan bala; dilihat berwarna hijau, dan Ulquiorra mampu menepis serangan ini menggunakan tangannya.[17] Dia juga mampu menggunakan garganta untuk bergerak dari dan ke Hueco Mundo.

Ulquiorra mempunyai kebolehan luar biasa di mana dia mampu menunjukkan semula kejadian yang pernah disaksikannya kepada orang lain dengan mengeluarkan dan menghancurkan biji mata kirinya, yang akan bertukar menjadi debu dan mengalir ke arah mereka yang dipilih Ulquiorra untuk melihat sesuatu kejadian itu. Debu ini menunjukkan imej-imej yang pernah dilihat Ulquiorra dalam misi-misinya.[18] Mata kirinya ini boleh tumbuh semula, kerana Ulquiorra dilihat seperti keadaan biasa kembali dalam kemunculan seterusnya, dan dibicarakan oleh Yammy akan kesannya.[19]

Zanpakutō

Nama Zanpakutō Ulquiorra ialah Murciélago (黒翼大魔 (ムルシエラゴ) Murushierago, Bahasa Sepanyol bermaksud "kelawar", Bahasa Jepun untuk "mahkluk bersayap besar"). Dalam bentuk pedang, pemegangnya berwarna hijau dan kelihatan seperti satu belah organ mata. Apabila dilepaskan, Ulquiorra memiliki sepasang sayap berupa kelawar. Helmet Hollownya berubah menjadi bentuk penuh, dengan sepasang tanduk besar diatasnya, dan seragam Arrancarnya berubah seperti bentuk gaun. Ulquiorra merupakan Espada yang paling unik dikalangan Espada yang lain kerana dia mempunyai tahap lepasan kedua yang di kenali sebagai;Resurrección Segunda Etapa (Bahasa Sepanyol untuk pelepasan kedua). Rupa fizikalnya berubah menjadi lebih tegap dan sasa, dengan kuku yang panjang dan tajam di tangan dan kakinya, matanya berubah kepada warna hijau dan tanduk di helmetnya menjadi lebih panjang. Kaki dan lengan Ulquiorra's sehingga paras pinggang di litupi bulu berwarna hitam, dan dia juga memiliki ekor yang panjang berbentuk tirus. Lubang Hollownya menjadi lebih besar dan terdapat tanda seperti darah yang mengalir di sekitar lubang itu. Dalam bentuk ini, Ulquiorra boleh membentuk satu aura lembing dari tenaganya yang dikenali sebagai Lanza del Relámpago (雷霆の 槍(ラソサ・デル・レランパーゴ) ransa deru reranpāgo, Bahasa Jepun dan Sepanyol bermaksud ”lembing kilat”), dan apabila di baling mencetuskan satu letupan yang besar.