Keahlian Ultras_Malaya

Ahli Ultras Malaya mula meningkat perlahan-lahan dari tahun ke tahun sehingga kemuncaknya pada AFF Suzuki Cup 2014 yang mana dianggarkan Komrad telah mencecah puluhan ribu. Keahlian UM07 telah berkembang dari semasa ke semasa dengan tertubuhnya divisyen-divisyen Ultras negeri, iaitu

  1. Silver State Ultras ( Perak FA)
  2. Ultras Kedah 09 (Kedah FA)
  3. UltraSel ( Selangor FA)
  4. Boys of Straits (B.O.S) ( Johor Darul Takzim)
  5. Brigate Gialloblu Perlis (Perlis FA)
  6. Gate H Boys (Kelantan FA)
  7. Ultras Nogori 9 ( Negeri Sembilan FA)
  8. Ultras Tranung (Terengganu FA)
  9. Elephant Army (Pahang FA)
  10. Citiboys Ultras (Kuala Lumpur FA)
  11. Ultras Taming Sari (Melaka FA)
  12. North Borneo Ultras (Sabah FA)
  13. GB13 (Sarawak FA)
  14. Ultras Panthers (Penang FA)


Etika pemakaian UM07 adalah berbaju Hitam, memakai mafla dan sentiasa berkasut. Wanita tidak dibenarkan berada di Curva atas faktor keselamatan dan tidak ada sebarang rakaman ataupun selfie dibenarkan ketika berada di Curva. Akhir sekali, Komrad perlulah sentiasa bersorak dengan sepenuh hati dan jiwa demi negara, Malaysiaku.

Rujukan

WikiPedia: Ultras_Malaya http://www.astroawani.com/berita-sukan/curva-ultra... https://www.blogmazeer.com/2017/10/tmj-mahu-jumpa-... https://www.facebook.com/ultrasmalaya2007 https://www.foxsportsasia.com/football/asian-footb... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.bharian.com.my/node/81524 https://www.hmetro.com.my/arena/2017/08/259244/sun... https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/09/15/d... https://www.mstar.com.my/sukan/2017/08/29/final-ta... https://www.ultrasmalaya.com.my