Pembangunan Unity_(paparan_antara_muka)

Pada asalnya, Ubuntu telah menggunakan persekitaran atas meja GNOME secara penuh. Walaubagaimanapun, bermula dari April 2011 dengan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal, Unity dijadikan paparan antara muka secara lalai untuk menggantikan GNOME Shell disebabkan perbezaan falsafah mengenai pengalaman kepenggunaan antara Mark Shuttleworth dengan pasukan GNOME.

Pada November 2010, Pengurus Komuniti Ubuntu, Jono Bacon menerangkan bahawa Ubuntu akan terus mengeluarkan tindanan GNOME, aplikasi GNOME dan mengoptimumkan Ubuntu untuk GNOME. Beliau menambah lagi, yang hanya menjadi perbezaan adalah Unity yang akan menjadi cangkerang untuk GNOME.[6]

Canonical mengumumkan bahawa mereka telah membina Unity untuk komputer desktop dan menjadikan Unity sebagai cangkerang utama untuk Ubuntu versi 11.04.[7]

GNOME Shell tidak dimasukkan ke dalam Ubuntu 11.04 Natty Narwhal kerana kerja-kerja yang berkaitan tidak sempat disiapkan pada waktu 11.04 dibekukan, tetapi boleh didapati melalui PPA,[8] dan boleh didapati dalam Ubuntu 11.10 melalui repositori rasmi.[9]

Pada November 2010, Mark Shuttleworth mengumumkan niat untuk menjalankan Unity di atas Wayland bagi menggantikan yang sedang digunakan sekarang iaitu X Window System.[10]

Pada Disember 2010, sesetengah pengguna meminta pelancar Unity diberi fungsi untuk mengubah kedudukannya dari sebelah kiri ke sebelah bahagian skrin yang lain, tetapi Mark Shuttleworth menyatakan dalam jawapan, “Saya risau ia tidak akan mengikut matlamat reka bentuk kami, jadi kami tidak akan melaksanakannya. Kami ingin pelancar sentiasa berdekatan dengan butang Ubuntu di panel."[11] Namun begitu, dalam Ubuntu 11.10, butang Ubuntu telah dialihkan ke pelancar, lalu menjadikan hujah ini tidak sah.

Cangkerang antara muka Unity sekarang ditulis dalam sebuah toolkit yang dipanggil Nux[12] dan sebuah plugin pengurus tetingkap Compiz,[13] yang dinyatakan oleh Canonical bahawa ia lebih pantas dari Mutter,[14] yang sekarang merupakan plugin pengurus tetingkap bagi GNOME Shell.

Pada 14 Januari 2011, Canonical juga mengeluarkan pralihat teknikal bagi versi “2D” untuk Unity berdasarkan dari Qt dan ditulis dalam QML.[15] Unity-2D tidak dimasukkan dalam CD Ubuntu 11.04, sebaliknya desktop GNOME klasik dijadikan alternatif bagi perkakasan yang tidak dapat menjalankan Unity.[16][17]

Pada April 2011 Mark Shuttleworth mengumumkan bahawa Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot tidak akan memasukkan desktop GNOME klasik sebagai alternatif kepada Unity, sebaliknya Ubuntu 11.10 akan menggunakan Unity 2D yang berdasarkan QT bagi pengguna yang mempunyai perkakasan yang tidak menyokong versi 3D.[18][19] Walaupun begitu, desktop GNOME klasik kekal tersedia sebagai alternatif untuk Ubuntu 11.10 melalui sebuah pakej dalam repositori Ubuntu.[20]

Rujukan

WikiPedia: Unity_(paparan_antara_muka) http://arstechnica.com/open-source/news/2011/04/un... http://arstechnica.com/open-source/reviews/2010/05... http://arstechnica.com/open-source/reviews/2010/10... http://askubuntu.com/questions/13073/is-unity-just... http://desktoplinuxreviews.com/2011/05/01/ubuntu-1... http://digitizor.com/2011/01/18/no-unity-2d-natty/ http://www.inalogic.com/component/content/article/... http://www.markshuttleworth.com/archives/551 http://www.networkworld.com/news/2010/102610-is-un... http://developer.qt.nokia.com/forums/viewthread/32...