Kemudahan Universiti_Teknikal_Malaysia_Melaka

Dewan

Dewan Canselor (dahulu dikenali sebagai Dewan Besar) ialah sebuah dewan bertingkat dua yang digunakan untuk majlis-majlis rasmi dan sebagai dewan peperiksaan. Dewan ini dilengkapi sebuah ruang lobi, dewan jamuan dan bilik VVIP.

Masjid

Masjid Sayyidina Abu Bakar

Terdapat sebuah masjid utama di UTeM iaitu Masjid Sayyidina Abu Bakar yang boleh menampung 4,000 orang jemaah. Masjid ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik bacaan dan dewan solat utama.

Di samping masjid ini, terdapat juga surau-surau yang terletak di segenap kampus untuk kemudahan sembahyang.

Kolej kediaman

Terdapat 7 buah kolej kediaman di UTeM dengan enam buah berada di dalam kawasan Kampus Induk manakala sebuah lagi disewa daripada pihak luar. Kolej kediaman yang terletak di dalam Kampus Induk ialah Kolej Kediaman Lestari dan Kolej Kediaman Satria yang terdiri daripada lima buah blok, iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Manakala kolej kediaman yang disewa ialah Kolej Kediaman UTeM Sri Utama. Kolej kediaman yang berada di Kampus Induk boleh memuatkan 6,020 orang pelajar manakala Kolej Kediaman UTeM Sri Utama boleh memuatkan sebanyak 1,152 orang pelajar.

Kolej Kediaman Satria

Pada 2015, sebuah kolej kediaman baharu dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.[4] Majlis perasmian pecah tanah telah dilakukan pada 2 April oleh Yang di-pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang juga Canselor UTeM. Pembinaan kolej kediaman yang bermula pada 13 Mac[5][nota 1] ini merangkumi lima buah blok kolej kediaman pelajar 10 tingkat termasuk pejabat pentadbiran asrama; lima unit kediaman pengetua asrama; 10 unit kediaman felo; seunit kafeteria dengan muatan 1,000 orang dalam satu-satu masa; dan kemudahan ge­langgang sukan termasuk futsal, bola tampar dan bola keranjang di atas sebidang tanah seluas 7.28 hektar.[7] Kolej kediaman ini mampu menampung seramai 5,000 orang pelajar bagi menambah muatan sebuah kolej sedia ada di kampus induk yang hanya berkapasiti 1,020 orang bilamana bilangan pelajar ketika itu mencecah 11,000 orang. Pembinaan kolej kediaman ini dilaksanakan oleh Syarikat Nadi Cergas Sdn Bhd[8] di samping Syarikat Naluri Etika[9] sebagai syarikat bertujuan khas dan memakan belanja sebanyak RM 296.90 juta[10] dengan tempoh konsesi dan pajakan masing-masing selama 22.5 dan 20 tahun.[6] Kolej ini yang dinamakan Kolej Kediaman Satria telah siap dan mula beroperasi pada September 2017 sebelum dirasmikan pada 12 Mac 2018 ketika Majlis Pelancaran jalur lebar rangkaian penyelidikan dan pendidikan Malaysia (MYREN) yang dijenamakan semula sebagai MYREN-X.[11][12]

Perpustakaan

Perpustakaan Laman Hikmah merupakan perpustakaan utama UTeM yang mempunyai himpunan buku-buku, majalah dan surat khabar.

Kompleks Sukan

Kompleks Sukan yang terletak di UTeM terdiri daripada sebuah stadium, Dewan Sukan dan gimnasium luar. Selain itu, terdapat juga padang ragbi, padang bola sepak, padang hoki sintetik, padang bola lisut, lapang sasar memanah, gelanggang petanque, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar, gelanggang futsal, gelanggang bola baling, tembok tiruan, terbang kelawar (flying fox) dan kemudahan berkayak. Terdapat 14 unit peralatan sukan untuk kegunaan pelajar dan staf di gimnasium luar.

Stadium yang disediakan dilengkapi dengan sebidang padang bola sepak dengan tempat duduk yang mampu menampung seramai 500 orang penonton. Sebuah trek sintetik berlorong lapan yang berukuran 400 meter mengelilingi padang tersebut.

Di dalam Dewan Sukan pula disediakan gelanggang badminton, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, gelanggang sepak takraw dan gimnasium.

Rujukan

WikiPedia: Universiti_Teknikal_Malaysia_Melaka http://nadicergas.com/wordpress/universiti-teknika... http://mhi.com.my/paper/2015/April/030415/030415.p... http://mhi.com.my/paper/2015/Mac/260315/260315.pdf... http://www.sinarharian.com.my/nasional/utem-bina-a... http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/asrama-... http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/kampus-... http://gallery.utem.edu.my/newspaper/?level=pictur... http://journal.utem.edu.my/ http://library.utem.edu.my/ http://vc.utem.edu.my/