Sejarah Universiti_Tun_Hussein_Onn_Malaysia

Penubuhan

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO). Pengumuman bersejarah ini telah dibuat oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000.

Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.[2]

Perubahan Nama

  • Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) - 1993
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)- 1996
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)- 2000
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)- 2007

Peneraju

Pendaftar

Nama PendaftarTahun Berkhidmat
Encik Abdul Halim bin Abdul Rahman2014 hingga kini
Tuan Haji Sulam bin Hamid2006 hingga 2014
Encik Abdul Halim bin Abdul Rahman2005 hingga 2006
YBhg. Datuk Shuib bin Md. Yusop2002 hingga 2005
Encik Misman bin Hj. Ramly2001 hingga 2002
YBhg. Datuk Hasan bin Sirun1997 hingga 2001

Siswazah-siswazah Kehormat UTHM

Konvokesyen Kali KePenerimaIjazah Kehormat
18 (Tahun 2018)YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Jamilus Md HusseinIjazah Kehormat Doktor Falsafah(Kejuruteraan Teknologi)
17 (Tahun 2017)YBhg. Dr. Mazlan bin AbasIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Elektrik)
16 (Tahun 2016)YBhg. Dr. H. Syahrul Yasin Limpo, SH., MSi. MH.Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti )
15 (Tahun 2015)YBhg. Prof. Datuk Ir. Adanan bin Mohamed HussainIjazah Kehormat Doktor Falsafah(Kejuruteraan Teknologi)
15 (Tahun 2015)YBhg. Prof. Dr Josu TakalaIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
15 (Tahun 2015)Yang Berhormat Dato' Haji Noh bin GadotIjazah Kehormat Doktor Falsafah Sains(Pembangunan Insan)
14 (Tahun 2014)YBhg. Prof. Emeritus Dr. Koichi NiiharaIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal)
14 (Tahun 2014)YBhg. Prof. Dr. Georg SpottlIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal dan Vokasional)
14 (Tahun 2014)YBhg. Prof. Datuk Mohmed Misbun b. Dato' Hj. SidekIjazah Kehormat Doktor Falsafah Sains(Pembangunan Insan)
13 (Tahun 2013)Baginda Sri Sultan Hamengkubuwono XIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti)
12 (Tahun 2012)Tiada PenerimaTiada
11 (Tahun 2011)YBhg. Datuk K.Y MustafaIjazah Kehormat Sarjana (Pengurusan Teknologi)
10 (Tahun 2010)YBhg. Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj. HassanIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
10 (Tahun 2010)YBhg. Dato' Hj. Imran bin IdrisIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
9 (Tahun 2010)YAB Tun Abdullah bin Hj Ahmad BadawiIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
8 (Tahun 2009)YBhg. Dato' Ir. Wahab bin SuhailiIjazah Kehormat Sarjana Kejuruteraan Awam
7 (Tahun 2008)Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris ShahIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan)
6 (Tahun 2007)YBhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin HashimIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
6 (Tahun 2007)YBhg. Dato' Dr. Ahamad bin SiponIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
5 (Tahun 2006)YBhg. Tan Sri Dato' Ainuddin bin Abdul WahidIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
4 (Tahun 2005)YABhg. Tun Dr. Mahathir bin MohamadIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
3 (Tahun 2004)YBhg. Tan Sri Dato' Musa bin MohamadIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
3 (Tahun 2004)YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin IdrusIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Teknologi Kejuruteraan)
3 (Tahun 2004)YBhg. Dato' Seri Dr. Abdul Shukor bin AbdullahIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal)
2 (Tahun 2003)YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Hj. Zaini bin OmarIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejuruteraan)
2 (Tahun 2003)YBhg. Tan Sri Nuraizah binti Abdul HamidIjazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi)
1 (Tahun 2002)Tiada PenerimaTiada

Penerima Gelaran Profesor Emeritus

Tahun TerimaPenerima
2018YBhg. Profesor Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim
2018YBhg. Profesor Dr. Hashim bin Saim
2016YBhg. Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed
2016YBhg. Profesor Dr. Jailani Md. Yunos
2013YBhg. Profesor Emeritus Dato Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar
2012YBhg. Profesor Emeritus Ir. Mohammad Zainal bin Md. Yusof
2011YBhg. Profesor Emeritus Ir Dr. Zainal Abidin bin Ahmad