Universiti_Utara_Malaysia
Universiti_Utara_Malaysia

Universiti_Utara_Malaysia

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia 1984 (P.U. (A) 47/1984). UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.[2]UUM mengandungi dua kampus; kampus utama, yang dibina di Sintok, Kedah pada 15 September 1990 dan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004[2], dan kampus kedua (kampus bukan kediaman), yang dibina di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.UUM menduduki tempat ke-131 di dalam QS Asia Universiti Rankings 2018[7], menduduki antara tempat ke-101 ke tempat ke-150 di dalam QS Top 50 Under 50 2019[8], dan juga menduduki antara tempat ke-601 ke tempat ke-650 di dalam QS World University Rankings® 2019.[9]Moto UUM adalah "Ilmu ・ Budi ・ Bakti".[1]

Universiti_Utara_Malaysia

Alamat Universiti Utara Malaysia, 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz, 06010, Sintok, Kedah, Malaysia
6°27′17″N 100°30′12″E / 6.454665°N 100.503331°E / 6.454665; 100.503331Koordinat: 6°27′17″N 100°30′12″E / 6.454665°N 100.503331°E / 6.454665; 100.503331[4]
Ditubuhkan pada 16 Februari 1984[2]
Ijazah/Sarjana 4,597
Canselor HRH Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
Penggabungan ASAIHL, ACU,[5] FUIW[6]
Warna          
Siswazah 22,932
Kampus Kampus utama di Sintok dan kampus kedua di Kuala Lumpur
Pelajar lain 3,141
Laman web www.uum.edu.my
Moto Ilmu ・ Budi ・ Bakti[1]
Naib Canselor Yang Berbahagia Profesor Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani[3]
Pelajar 30,670
Jenis Universiti awam, Universiti pengurusan