Unsur_kumpulan_11

Unsur kumpulan 11 juga dikenali sebagai kumpulan Kuprum merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-11 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan yang merupakan logam syiling tradisional iaitu kuprum (Cu), perak atau argentum (Ag), emas atau aurum dan (Au). Roentgenium (Rg) juga merupakan ahli kumpulan ini oleh sebab konfigurasi elektronnya yang sama seperti ahli-ahli lain, tetapi ia bukan logam syiling (separuh hayatnya pendek iaitu kira-kira 3.6 saat sahaja). Nama “logam syiling” tidak seharusnya dijadikan nama alternatif bagi kumpulan 11 dan nama ini tidak disahkan oleh IUPAC. Tambahan pula, beberapa budaya lain telah menggunakan berbagai-bagai logam lain termasuk besi tahan karat, plumbum dan zink untuk membuat duit syiling.