Unsur_kumpulan_6

Kumpulan unsur 6 juga dikenali sebagai kumpulan Kromium merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-6 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada kromium (Cr), molibdenum (Mo), tungsten (W), dan seaborgium (Sg). Unsur-unsur kumpulan ini mempunyai nombor pengoksidaan +2, +3 dan +6.Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka. “Kumpulan 6” adalah nama baru yang diperkenalkan oleh IUPAC; nama lamanya ialah “kumpulan VIA” dalam sistem lama di Eropah atau “kumpulan VIB” dalam sistem lama di Amerika Syarikat. Kumpulan 6 tidak patut menjadi kekeliruan dengan kumpulan VIB (sistem Eropah) atau Kumpulan VIA (sistem AS) kerana kumpulan-kumpulan itu telah ditukarkan namanya kepada kumpulan 16.