Kewujudan Unsur_kumpulan_6

Biologi

Kumpulan 6 adalah dikenali dan agak penting kerana ia mengandungi unsur dalam kala ke-5 dan ke-6nya yang diketahui mempunyai peranan dalam biologi kimia organisma hidup. Molibdenum sering dijumpai dalam enzim kebanyakan organisma manakala tungsten juga telah disahkan mempunyai peranan yang sama iaitu sebagai enzim dalam sesetengah hidupan seperti Pyrococcus furiosus. Dalam pada itu, hasil kajian juga membuktikan kromium mempunyai beberapa peranan dalam biologi; ia dipercayai dapat membentuk sebahagian enzim metabolisma glukosa dalam sesetengah mamalia.