Unsur_kumpulan_7

Kumpulan unsur 7 juga dikenali sebagai kumpulan Mangan merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-7 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan iaitu [mangan]] (Mn), teknetium (Tc), renium (Re), dan bohrium (Bh).Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.Nombor pengoksidaan logam-logam dalam kumpulan ini ialah +2, +3, +4, +6, dan +7, di mana renium dan technetium dengan mudahnya menunjukkan nombor pengoksidaan ini. Technetium tidak mempunyai isotop yang stabil. Hanya technetium dan prometium merupakan 2 unsur sebelum plumbum, yang tidak mempunyai isotop yang dikenalpasti stabil (unsur-unsur selepas plumbum semuanya tidak mempunyai isotop yang diketahui stabil walaupun bismut mempunyai separuh hayat yang sangat panjang).