Unsur_kumpulan_8
Unsur_kumpulan_8

Unsur_kumpulan_8

Unsur kumpulan 8 juga dikenali sebagai kumpulan Besi merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-8 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan Besi (Fe), rutenium (Ru), osmium (Os), dan hassium (Hs).Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka. Walau bagaimanapun, rutenium tidak menunjukkan corak yang sama.Kesemua unsur-unsur ini dikelaskan dalam kumpulan 8 kerana mereka mempunyai 8 elektron valens. Hassium hanya boleh dihasilkan di dalam makmal dan tidak pernah dijumpai secara semula jadi.