Unsur_nadir_bumi
Unsur_nadir_bumi

Unsur_nadir_bumi

Sebagaimana ditakrifkan oleh ("Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa– IUPAC"), unsur nadir bumi atau logam nadir bumi merupakan set tujuh belas unsur kimia dalam jadual berkala, khususnya lima belas lantanoid tambah skandium dan yttrium.[2] Skandium dan yttrium di anggap unsur nadir bumi kerana ia cenderung terhasil pada mendakan bijih yang sama seperti lantanoid dan mempamerkan ciri-ciri kimia yang sama.Di sebalik nama mereka, unsur nadir bumi (kecuali prometium yang beradioaktif) banyak terdapat di kerak Bumi, dengan serium merupakan unsur yang ke-25 terbanyak pada 68 bahagian setiap sejuta (sama seperti tembaga). Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri geokimia, unsur nadir bumi biasanya tersebar dan tidak terdapat dalam bentuk terkumpul dan mudah digunakan secara ekonomi dalam kepadatan yang tinggi dengan itu dikenali sebagai galian nadir bumi.[3] Disebabkan oleh jarangnya mineral-mineral ini (sebelum ini digelar "tanah") yang membawa kepada istilah "nadir bumi". Galian seperti itu yang pertama dijumpai adalah gadolinite, sebatian kimia terdiri dari serium, yttrium, besi, silikon dan unsur lain. Galian ini digali dari lombong di kampong Ytterby di Sweden; sebagaimana kebanyakan unsur nadir bumi dinamakan sempena tempat ia dilombong.

Rujukan

WikiPedia: Unsur_nadir_bumi http://mineralprices.com/default.aspx#Rare http://www.nytimes.com/2010/10/05/business/global/... http://www.technologyreview.com/energy/26538/?p1=H... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487034... http://www.em.doe.gov/bemr/bemrsites/macw.aspx http://www.ars.usda.gov/is/graphics/photos/jun05/d... http://pubs.usgs.gov/fs/2002/fs087-02/ http://fmso.leavenworth.army.mil/documents/rareear... http://www.ipmd.net/news/001111.html http://pcworld.co.nz/pcworld/pcw.nsf/news/common-g...