Menu
Upacara_pembukaan_Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2022 KontroversiNegara-negara berikut telah mengesahkan mereka akan memboikot temasya tersebut secara diplomatik lantaran pencabulan hak asasi manusia yang berterusan di China seperti pembunuhan beramai-ramai Uyghur.[96] Oleh itu, mereka tidak akan menghantar perwakilan diplomatik ke upacara pembukaan tersebut.
Pada 26 Januari 2022, jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan negara China tersilap memanggil pasukan Chinese Taipei (Taiwan) sebagai "Taipei, China".[107] Kemudian pada hari itu, Taiwan mengumumkan bahawa mereka akan memboikot temasya tersebut secara diplomatik.
Pada 28 Januari 2022, seorang pegawai Taiwan menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada boikot diplomatik, delegasi China Taipei tidak akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan atau penutupan secara rasmi kerana peraturan anti-COVID-19 dan penerbangan tertunda.[108] Pegawai tersebut juga menyatakan kebimbangan mereka terhadap susunan delegasi Chinese Taipei (中华台北) dan Hong Kong, China (中国香港) yang bersebelahan antara satu sama lain dalam perbarisan atlet sebagai satu tanda "menurunkan" status Taiwan.[109]
Pada 1 Februari 2022, berdasarkan "interaksi yang baik dan persefahaman bersama" antara IOC dan CTOC, Taiwan membenarkan empat atlet menyertai upacara pembukaan dan penutupan.[110]
Menurut Washington Post, beberapa atlet telah menyatakan bahawa mereka akan memboikot upacara pembukaan Olimpik atas sebab "masalah hak asasi manusia". Pertubuhan "Students for a Free Tibet" mendakwa bahawa atlet daripada sekurang-kurangnya dua pasukan Barat telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan menghadiri upacara pembukaan.[111]
Menu
Upacara_pembukaan_Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2022 KontroversiBerkaitan
Rujukan
WikiPedia: Upacara_pembukaan_Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2022 http://heb.hebei.com.cn/system/2022/02/04/10087354... http://politics.people.com.cn/n1/2022/0128/c1024-3... http://news.sjzdaily.com.cn/2022/02/04/99747018.ht... http://news.hnr.cn/djn/article/1/14804598843299061... http://www.news.cn/2022-02/05/c_1211554908.htm http://www.news.cn/video/2022-02/06/c_1211556344.h... http://news.ynet.com/2022/02/10/3426059t70.html //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Upaca... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.abc.net.au/news/2022-02-04/winter-olym...