Uqasha Senrose
Uqasha Senrose

Uqasha Senrose

Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992)[2] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.[3] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi. Beliau kemudiannya muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin. Beliau juga telah muncul dalam drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan sebagai Arissa bersama sama Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim dan Mira Filzah.

Uqasha Senrose

Kelahiran Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen
(1992-07-06) 6 Julai 1992 (umur 27)[lower-alpha 1]
Kota Bahru, Kelantan, Malaysia[1]
Berat 66 kg (146 lb; 10.4 st)
Kediaman Kuala Lumpur
Nama lain Uqasha, Qasha
Saudara Nelissa Senrose (Kakak Kandung)
Nelydia Senrose (Adik Kandung)
Raysha Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Danitra Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Qirana Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Arjuna Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Octovia Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Tahun aktif 2010–kini
Ketinggian 1.66 m (5 ka 5+3⁄8 in)
Pekerjaan Pelakon, model
Keluarga Rosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)
Ibu bapa Nik Sen Mat Rifin (Bapa)
Rosmizai Mohd Noor (Ibu)

Rujukan

WikiPedia: Uqasha Senrose http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/teater-ombak... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-jual... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/uqasha-se... http://www.broframestone.com/2013/08/paku-pontiana... http://www.budiey.com/drama-bersiri-seram-qarin-uj... http://www.imdb.com/name/nm5903448/ http://www.kbergetar.com/2014/11/sedalam-mana-cint... http://www.sentiasapanas.com/2016/08/uqasha-senros... http://lukisanhatimovie.blogspot.my/ http://www.hmetro.com.my/node/122904