Rosnah_Mohd_Noor

Rosnah binti Mohd Noor (8 Mei 1959 - 4 Ogos 2013) merupakan seorang pelakon filem Melayu era-1980-an. Beliau mula menceburi bidang lakonan pada awal tahun 1982 ketika dia membintangi Ribut Di Hujung Senja bersama Allahyarham Ed Osmera, Ismail Mahmud dan Gaya Zakry.[1] Meskipun dalam filem sulung lakonannya itu, Rosnah memegang watak pembantu namun popularitinya melonjak dalam sekelip mata, kerana ramai peminat yang menyangka dia sebagai Rosnah Abdul Rahman, seorang lagi pelakon yang popular menerusi Kisah Seorang Biduan pada tahun yang sama.Menurut Rosnah sungguhpun filem Ribut Di Hujung Senja telah memperkenalkan Rosnah dalam gelanggang perfileman, namun lakonannya dalam Di Ambang Kasih paling diingati ramai. Dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1985 itu, lakonannya sebagai Ayu, isteri muda kepada Yusof Haslam, benar-benar meruntun hari dan jiwa seorang wanita bergelar isteri. Ayu yang berkahwin dengan abang iparnya (Yusof Haslam) sehingga mempunyai anak, setelah kakaknya (Rubiah Suparman) hilang ingatan terpaksa membuat pilihan antara kasih suami dan kasih seorang adik terhadap kakaknya.Hasil lakonan beliau dalam filem tersebut telah meletakkan nama Roanah di bibir para peminat sehingga memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-6 pada tahun 1986. Filem itu bukan sahaja menjadi titik tolak nama Rosnah terus kukuh di persada seni tanah air malah ia juga menjadi rebutan penerbit filem dan drama.

Rosnah_Mohd_Noor

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penerbit
Pasangan Iwan Syahman (k. 1987; c. 1995)
Anak Wan Ramada Agus Putra
Wan Syamira Putri Octovia
Wan Syahera Putri Aprena
Tahun aktif 1979–2013
Terkenal kerana Kisah Seorang Biduan
Meninggal dunia 4 Ogos 2013(2013-08-04) (umur 54)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematian kanser payudara
Keluarga Nik Zaris Nelissa (Anak Saudara)
Nik Zaris Uqasha (Anak Saudara)
Nik Zaris Nelydia (Anak Saudara)
Farza Naquraisha (Anak Saudara)
Farza Danitra (Anak Saudara)
Farza Qirana (Anak Saudara)
Farza Arjuna (Anak Saudara)
Saudara Rosmizai Mohd Noor (adik)
Kelahiran (1959-05-08)8 Mei 1959
Pasir Puteh, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)