Ciptaan Urahara_Kisuke

Sebagai pengasas kepada Institusi Penyelidikan Shinigami di Soul Society, Urahara telah mencipta beberapa item. Antaranya ialah:

  • Gikongan (義魂丸) - Lebih dikenali sebagai "Soul Candy". Item ini berbentuk pil bulat berwarna hijau yang mengandungi roh tiruan. Apabila dimakan, roh tiruan ini akan beroperasi dalam tubuh pengguna mengikut program yang telah ditentukan. Namanya ditukarkan kepada Soul Candy kerana Organisasi Wanita Shinigami mengadu bahawa nama gikongan tidak comel.
  • Tenshintai (転神体, Penukaran Tubuh Shinigami) - Item ini berbentuk seakan-akan manusia dan bersaiz seperti manusia biasa. Tenshintai digunakan untuk memaksa roh zanpakutō mengambil bentuk yang nyata apabila ditikam oleh zanpakutō. Dengan ini, penggunanya boleh berkomunikasi dengan roh dan mencapai pembebasan tahap terakhir zanpakutō. Proses ini cuma bertahan selama sehari dan selepas itu, roh akan berubah bentuk kepada tenshintai yang asal. Tanpa ciptaan ini, seseorang terpaksa meluangkan masa sebanyak 10 tahun dan beratus-ratus tahun untuk bertarung bagi mencapai pembebasan tahap terakhir. Kaedah ini amat bahaya kerana roh zanpakutō dipaksa untuk mengambil bentuk nyata. Jika digunakan lebih daripada tiga kali berturut-turut, penggunanya mungkin akan mati.
  • Hōgyoku (崩玉, Sfera Pembiasan) - Item ini berbentuk sfera kecil yang mencairkan penghadang di antara shinigami dengan hollow. Sfera ini membolehkan shinigami menggunakan kuasa hollow dan sebaliknya. Seperti yang dikatakan oleh Aizen kepada Orihime, penggunaan Sfera Pembiasan secara berterusan akan melemahkannya.
  • Beberapa versi gigai - Urahara telah banyak menjalankan kajian tentang gigai. Sehingga ini, dia telah mencipta sekurang-kurangnya dua jenis gigai. Jenis pertama ialah gigai yang tidak dapat dikesan yang akan menyerap kuasa semangat penggunanya, bukan memulihkannya dan lama kelamaan, shinigami itu akan menjadi manusia biasa. Jenis kedua ialah gigai yang boleh dikembangkan untuk digunakan dalam pertarungan sebagai samaran.

Sebagai tambahan, Urahara telah mencipta beberapa teknik sepanjang kerjayanya sebagai Kaptan Bahagian ke-12. Salah satunya adalah teknik menanam dan kemudiannya mengambil semula apa-apa sahaja dari roh seseorang tanpa mencederakannya. Kaedah ini digunakan oleh Aizen untuk mengambil Sfera Pembiasan daripada Rukia.