Benihime Urahara_Kisuke

Zanpakutō Urahara, Benihime

Zanpakutō Urahara Kisuke ialah Benihime (紅姫, Puteri Merah). Ia merupakan salah satu daripada zanpakutō wanita yang terdapat dalam siri ini. Pada kebiasaannya, Benihime disembunyikan di dalam tongkat Urahara. Hulunya dapat menolak roh daripada tubuhnya seperti sarung tangan Kuchiki Rukia. Arahan untuk membebaskan Benihime pada tahap pertama ialah "sedar" (起きろ, okiro).

Pada tahap pertama, bilah Benihime menjadi lebih luas dan hulunya melengkung serta dihiasi dengan reben merah dan hiasan lain. Benihime mempunyai dua kebolehan khas; satu untuk menyerang manakala satu lagi untuk tujuan pertahanan. Kedua-dua teknik ini digunakan dengan memberi arahan "tangis" (啼け, nake). Keupayaan pertahanan Benihime membentuk penghadang lonjong berwarna merah darah di hadapan Urahara. Penghadang ini agak berkuasa kerana mampu menghalang serangan getsuga tenshō Ichigo. Keupayaannya untuk menyerang pula mirip kebolehan Zangetsu Ichigo iaitu menembak tenaga semangat yang kuat ke arah pihak lawan. Tembakan ini seakan-akan tembakan cero. Dalam anime, tembakan ini bergerak selari dengan tanah. Urahara juga mampu menangkis tembakan cero daripada arrancar Yammy dengan serangan Benihime.

Pembebasan tahap terakhir Benihime belum lagi didedahkan. Urahara memberitahu Abarai Renji bahawa pembebasan tahap terakhir zanpakutōnya tidak dapat melatih orang lain atau meminjamkan kuasa kepada mereka. Tetapi, hal ini mungkin alasan semata-mata supaya Urahara tidak perlu menggunakan tahap terakhir Benihime.

Francais
Filem
Kaum-kaum
Watak
Pelajar
Shinigami
Hollow
Bount
Vizard
Lain-lain
Senjata
Lokasi-lokasi