Bleach (ブリーチ, Burīchi, dieja dan ditulis sebagai
BLEACH di
Jepun) merupakan sebuah siri
manga Jepun, ditulis dan dilukis oleh
Tite Kubo, yang telah muncul dalam
majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001.Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh
Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat
hantu, dan
Kuchiki Rukia, seorang
shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut"). Bahagian awal kisah Bleach bertumpu khas buat watak-wataknya. Apabila kejadian demi kejadian berlalu, dunia di sebalik alam dewa-dewa maut ini dibuka dan dijelaskan dengan lebih mendalam.Siri manga Bleach telah diadaptasikan menjadi sebuah siri
animasi TV, dua buah
OVA, empat buah filem, sebuah muzik "rock", beberapa judul
permainan video dan sebuah permainan koleksi kad. Jualan jilid-jilid kompilasi manga Bleach telah mencecah lebih 40 juta unit di Jepun, dan telah mencapai jualan tertinggi di carta jualan manga di
Amerika Syarikat. Siri manga ini telah memenangi
Shogakukan Manga Award untuk
genre shōnen pada tahun 2005,
[1] dan siri animasinya telah dicalonkan untuk beberapa anugerah
American Anime Awards.