Ciri-ciri Uranium

Uranium merupakan unsur alami yang memiliki nombor atom kedua terbesar selepas plutonium.[5]

Isotop

Kesemua isotop uranium adalah tidak stabil dan bersifat radioaktif lemah. Isotop uranium yang dapat dijumpai secara alami ialah uranium-238 (99.2739 ke 99.2752%), uranium-235 (0.7198 ke 0.7202%), dan sedikit uranium-234 (0.0050–0.0059%).[6] Ketiga-tiga isotop adalah radioaktif dan mereput lalu membebaskan zarah alfa. Uranium-238 memiliki separuh hayat selama 4.47 bilion tahun, lebih kurang usia Bumi manakala uranium-235 mempunyai separuh hayat selama 704 juta tahun.[7]