Usrah
Usrah

Usrah

Usrah (الأسرة) ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk.[1] Perkataan usrah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud "keluarga". Walaupun begitu, medium usrah tidak terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat medium yang lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan rumah.[2] Usrah adalah tapak asas kepada pembentukan tarbiyah individu muslim.Usrah moden dipelopori oleh Imam Hassan al Banna ketika di awal penubuhan Ikhwanul Muslimin.[3]