Penyerapan Usus_kecil

Tujuan kedut-kedut dan unjuran-unjuran pada permukaan dalam usus kecil adalah untuk membolehkan penyerapan nutrien. Setiap permukaan vilus diliputi dengan microvilus, yang bertujuan untuk meningkatkan luas permukaan untuk memudahkan penyerapan nutrien dan sebagainya. Setiap vilus mengandungi lakteal dan kapilari darah. Lakteal berfungsi untuk menyerap lemak (atau lipid) yang dicerna. Penyerapan lemak oleh lakteal akan menyalurkan lemak ke sistem limpa yang kemudiannya disalurkan ke sistem peredaran darah. Manakala, kapilari pula menyerap nutrien atau makanan lain yang dicerna.

Setiap sel mikrovilus diliputi dengan sempadan berus iaitu protein yang berfungsi untuk menyerap molekul nipis lapisan air. Lapisan ini juga dipanggil sebagai "lapisan air yang tak dikacau". Lapisan ini juga berfungsi untuk menyerap nutrien.