Utumutiraja atau 'Timuturaja' ( ? -1511) ialah saudagar keturunan
Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan
Upeh,
Melaka. Beliau seorang yang bersikap oportunis (lekas mengambil peluang) dan pembelot, dia telah berbaik-baik dengan orang
Portugis yang telah ditahan di
Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu. Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal
Lopez de Squiera, ketua orang Portugis , dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke
Goa, Barat laut
India untuk memberitahu kapten
Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.
[1]Seorang lagi pembelot pada masa Portugis menyerang Melaka 1511 ialah
Nina Chatu atau 'Nina Chetu'. Nina Chatu ialah penganut agama
Hindu, seorang saudagar India yang telah banyak meringankan penderitaan
Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Menurut buku 'Albuquerque: Caesar Timur' (1995:129) beliau telah dilantik menjadi
Syahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514. Nina Chatu dan orang-orangnya berperanan dalam menyeludup surat-surat Auraujo semasa Auraujo dalam penjara. Pengkhianatan Nina Chatu sememangnya tidak dijangka oleh Sultan Melaka memandangkan Nina Chatu merupakan saudagar yang amat rapat hubungannya dengan Sultan Ahmad.
[2]