Valentinian_I

Flavius Valentinianus, atau di dalam bahasa Inggeris sebagai Valentinian I, (321 - 17 November, 375) adalah seorang maharaja Rom yang memerintah bersama-sama abang beliau Valens bermula pada 364 sehingga kematian beliau. Beliau merupakan maharaja de facto terakhir yang mengawal keseluruhan empayar, dan yang terakhir melakukan kempen-kempen ke timur Rhine dan utara Danube. Tempoh pemerintahan beliau banyak dihabiskan bertempur dengan puak-puak Jerman, mengalahkan Alamanni dan Franks banyak kali. Beliau telah membina semula dan memperbaiki pengkubuan di sepanjang perbatasan, malah membina kubu-kubu baru di dalam wilayah musuh. Di sebabkan kejayaan yang didapati semasa tempoh pemerintahan beliau, dan kejatuhan serta merta kepada empayar selepas kematian beliau, Valentinian sering kali dirujuk sebagai "maharaja hebat terakhir".[1] Beliau mengasaskan Dinasti Valentinian, apabila anak-anak beliau Gratian dan Valentinian II telah mengantikan beliau di bahagian barat empayar.