Viatris

Viatris Inc. ialah syarikat penjagaan kesihatan global Amerika Syarikat yang dibentuk melalui penggabungan Mylan dan Upjohn pada 16 November 2020.[3]Nama tersebut berasal dari dua perkataah bahasa Latin iaitu via, yang bermaksud jalan, dan tris, yang bermaksud tiga, yang bertumpu pada jalur ke tiga tujuan utama yang ditetapkan syarikat.[4][5]Semasa penggabungan, Michael Goettler menjadi CEO baru syarikat itu.[3][6][7][8] Susulan penggabungan itu, syarikat itu mula didagangkan di NASDAQ menggunakan simbol saham VTRS.[3]Syarikat ini menghasilkan dan menjual pelbagai jenis ubat: ubat berjenama (seperti Viagra, Xanax, Lipitor),[9][10] ubat generik, termasuk ubat generik berjenama dan kompleks, biosimilar, dan ubat bebas (OTC) serta bahan aktif farmasi.[11] Mereka termasuk dalam pelbagai bidang terapeutik, seperti kardiovaskular, penyakit berjangkit, onkologi, imunologi, SSP dan anestesia, penjagaan kesihatan wanita, diabetis dan metabolisme, gastroenterologi, pernafasan dan alergi, dan dermatologi.[12]

Rujukan

WikiPedia: Viatris http://quotes.nasdaq.com/asp/SummaryQuote.asp?symb... http://www.viatris.com https://www.bizjournals.com/pittsburgh/news/2020/1... https://www.bizjournals.com/pittsburgh/news/2020/1... https://www.bloomberg.com/quote/VTRS:US https://www.fiercepharma.com/pharma/pfizer-s-upjoh... https://www.google.com/finance?q=VTRS https://www.post-gazette.com/business/healthcare-b... https://www.post-gazette.com/business/healthcare-b... https://www.reuters.com/finance/stocks/overview?sy...