Victorious

Victorious (digayakan sebagai VICTORiOUS; harfiah bermaksud Kemenangan) ialah sebuah sitkom Amerika Syarikat yang dicipta oleh Dan Schneider yang asalnya disiarkan di Nickelodeon dari 27 Mac 2010 sehingga 2 Februari 2013. Siri ini berkisarkan tentang hasrat penyanyi Tori Vega (dilakonkan oleh Victoria Justice), seorang remaja perempuan yang menghadiri sekolah persembahan seni yang dikenali sebagai Hollywood Arts High School, selepas dia mengambil tempat kakaknya Trina (Daniella Monet) dalam persembahan kakaknya dan akan melalui hari-hari yang kelakar dalam hidupnya pada setiap hari. Pada hari pertama beliau di Hollywood Arts, dia bertemu dengan Andre Harris (Leon Thomas III), Robbie Shapiro (Matt Bennett), Rex Power (boneka Robbie), Jade West (Elizabeth Gillies), Cat Valentine (Ariana Grande), dan Beck Oliver (Avan Jogia). Siri ini ditayangkan pada 27 Mac 2010 selepas Kids Choice Awards 2010. Runut bunyi pertama untuk siri ini, Victorious , telah dikeluarkan pada 2 Ogos 2011. Siri ini memenangi Best Popular TV Award di Kids Choice Awards 2012 dan Kids Choice Awards 2013, walaupun menewaskan iCarly. Victorious mempunyai empat pencalonan di Anugerah Emmy. Lagu kedua, Victorious 2.0 dikeluarkan pada 5 Jun 2012Pada 10 Ogos 2012, Victoria Justice menyatakan bahawa siri ini tidak akan diperbaharui untuk musim seterusnya. Justice juga berkata bahawa Victorious ialah siri Nick nombor satu dan beliau tidak tahu mengapa ia telah dibatalkan. Dan Schneider menulis bahawa siri itu berakhir selepas 60 episod disiarkan. Walaupun beliau dan pelakon lain bersedia untuk beberapa lagi episod, Nickelodeon membuat keputusan untuk menamatkan siri ini. Beliau juga menafikan khabar angin bahawa Victorious yang berakhir kerana menyiarkan sempalan baru, Sam & Cat. Walaupun Victorious hanya difilemkan sebanyak tiga musim, apabila siri ini telah dibatalkan, Nickelodeon membahagikan musim ketiga pada separuh, menerbitkan musim.keempat. Lagu ketiga dan terakhir telah dikeluarkan pada 6 November 2012, bertajuk Victorious 3.0. Single pertama dari lagu yang baru dipanggil "LA Boyz" dan video muzik yang dikeluarkan pada 18 Oktober 2012. Siri terakhir "Victori -Yes" disiarkan pada 2 Februari 2013.

Victorious

Penggubah Dr. Luke
Michael Corcoran
Bahasa Inggeris
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran MTV Networks International[1]
Penerbit eksekutif Dan Schneider
Warren Bell
(musim 3)
Robin Weiner
(musim 3)
Lagu pembukaan "Make It Shine" dibawakan oleh pelakon Victorious bersama Victoria Justice
Penerbit Warren Bell
(musim 2–4)
Bruce Rand Berman
Joe Catania
Robin Weiner
Diikuti oleh Sam & Cat
Format gambar 480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Pemasangan kamera Kaset video (filem); Pelbagai kamera
Format audio Stereo
Penggubah lagu tema Dr. Luke
Victoria Justice
Michael Corcoran
Syarikat penerbitan Schneider's Bakery
Sony Music Entertainment
Nickelodeon Productions
Tempoh siaran 24 minit, 46 minit untuk episod istimewa
Lokasi Nickelodeon On Sunset
Hollywood, California
Pencipta Dan Schneider
Siaran asal 27 Mac 2010 – 2 Februari 2013
Bilangan episod 58
Rancangan berkaitan iCarly
Drake & Josh
Dibintangi oleh Victoria Justice
Leon Thomas III
Matt Bennett
Elizabeth Gillies
Ariana Grande
Avan Jogia
Daniella Monet
Genre Sitkom remaja
Bilangan musim 4
Saluran asal Nickelodeon

Rujukan

WikiPedia: Victorious http://iritmo.blogspot.com.ar/2012/07/nominados-of... http://kca.nickelodeon.com.au/vote#category:Aussie... http://www.almaawards.com/past-alma-nominees.html http://www.amazon.com/Victorious-Basic-Fashion-Dol... http://www.amazon.com/Victorious-Basic-Fashion-Dol... http://www.amazon.com/Victorious-Basic-Fashion-Dol... http://www.amazon.com/Victorious-Taking-Lead-Ninte... http://entretenimiento.aollatino.com/2011/09/11/al... http://www.backstage.com/bso/production-listings/l... http://danwarp.blogspot.com/2010/04/fun-facts-vict...