Butiran Video_definisi_tinggi

Isyarat definisi tinggi memerlukan televisyen atau monitor komputer berdefinisi tinggi agar boleh dipertontonkan. Video definisi tinggi lazimnya bernisbah aspek 16:9 (1.78:1). Nisbah aspek filem layar lebar biasanya adalah 1.85:1 atau 2.40:1 (atau adakalanya dinyatakan 2.35:1). Televisyen definisi biasa (SDTV) bernisbah aspek 4:3 (1.33:1), namun baru-baru ini banyak juga penyiar yang memancarkan rancangan yang "dihimpit" secara mendatar dalam format anamorf 16:9, dengan berharap agar penonton memiliki set 16:9 yang meregangkan imej menjadi kembali seimbang, atau set yang "menghimpit" imej secara menegak sehingga menampakkan kesan "peti surat" tapi imej tetap kembali seimbang.

Leraian televisyen definisi tinggi (HDTV) adalah 1080 atau 720 garis, berbanding televisyen digital (DTV) biasa yang memancarkan 486 garis (didasarkan NTSC, 486 daripada 525 garis imbas yang nampak) atar 576 garis (didasarkan PAL/SECAM, 576 daripada 625 garis imbas yang nampak). Oleh sebab HD disiarkan secara digital, maka kemasukannya adakalanya seiringan dengan pengenalan DTV. Tambahan pula, cakera-cakera optik Blu-Ray dan HD DVD berdefinisi tinggi, sedangkan mutu gambar DVD terkini bukan.

Contoh

  • HDTV pada dua kali leraian SDTV.
  • Leraian SDTV.