Viktor_Yanukovych
Viktor_Yanukovych

Viktor_Yanukovych

Viktor Fedorovych Yanukovych (Bahasa Ukraine: Ві́ктор Фе́дорович Януко́вич,  listen (bantuan·maklumat); Rusia: Виктор Фёдорович Янукович; lahir 9 Julai 1950) ialah seorang ahli politik Ukraine yang menjadi Presiden Ukraine dari 2010 hingga diturunkan pada 2014. Beliau mula menjawat pada Februari 2010 selepas memenangi pilihan raya presiden. Empat tahun kemudian, pada 22 Februari 2014, beliau didakwa dan diundi makzul jawatan oleh 328 daripada 334 anggota parlimen Ukraine, Verkhovna Rada yang hadir.[1][2][3] Beliau dianggarkan berharta bernilai $12 bilion.[4]Yanukovych menjadi Gabenor Oblast Donetsk dari 1997 hingga 2002. Kemudian beliau menjadi Perdana Menteri Ukraine dari 21 November 2002 hingga 31 Disember 2004 di bawah Presiden Leonid Kuchma. Selepas gagal dalam pilihan raya presiden 2004, Yanukovych kembali menjadi perdana menteri dari 4 Ogos 2006 hingga 18 Disember 2007 di bawah Presiden Viktor Yushchenko. Selepas akhirnya menjadi presiden pada 2010, Mykola Azarov menggantikan beliau sebagai ketua Parti Wilayah.[5][6]November 2013 menyaksikan permulaan siri peristiwa yang membawa kepada penyingkiran beliau sebagai presiden.[7] Yanukovych menolak satu persetujuan hubungan dengan Kesatuan Eropah untuk memberikan peluang kepada jaminan pinjaman dan hubungan lebih rapat dengan Rusia. Ini membawa kepada bantahan popular aman dan pendudukan Medan Kemerdekaan Kiev yang dipanggil Euromaidan oleh penyokong pro-EU. Pada Januari 2014 ia berkembang menjadi pertempuran berdarah di beberapa tempat di Ukraine, antara orang awam dan polis khas.[8].Selepas perbincangan dengan pembangkang gagal pada Februari 2014, serta selepas lebih 100 orang maut dan 1,100 lagi cedera,[9] anggota parlimen mengundi menurunkan beliau kerana gagal menjalankan tanggungjawab. Pilihan raya bagi melantik presiden baharu dijadualkan pada 25 Mei.[10]Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Yanukovych pada 24 Februari, mendakwa beliau melakukan jenayah terhadap pembantah.[11]

Viktor_Yanukovych

Lahir Viktor Fedorovych Yanukovych
(1950-07-09) 9 Julai 1950 (umur 69)
Yenakiieve, Kesatuan Soviet (kini Ukraine)
Timbalan Mykola Azarov
Didahului oleh Volodymyr Sherban
Tandatangan
Alma mater Donetsk National Technical University
Kiev National University of Trade and Economics
Pasangan Lyudmilla Oleksandrivna
Digantikan oleh Anatoliy Blyzniuk
Parti politik
Anak-anak Oleksandr
Viktor
Laman sesawang Tapak web presiden
Presiden Leonid Kuchma
Perdana Menteri Yulia Tymoshenko
Oleksandr Turchynov (memangku)
Mykola Azarov
Serhiy Arbuzov (memangku)

Rujukan

WikiPedia: Viktor_Yanukovych http://www.kyivpost.com/news/politics/detail/60929... http://www.nytimes.com/2014/02/23/world/europe/ukr... http://rt.com/news/ukraine-kiev-death-toll-955/ http://www.theguardian.com/world/2014/feb/24/ukrai... http://www.unian.net/ukr/news/news-365756.html http://www.jamestown.org/single/?no_cache=1&tx_ttn... http://nationalinterest.org/commentary/ukraine-yan... http://www.pravda.com.ua/news/2014/02/22/7015777/ http://focus.ua/economy/298743 http://www.president.gov.ua/