Yulia_Tymoshenko
Yulia_Tymoshenko

Yulia_Tymoshenko

Yulia Volodymyrivna Tymoshenko (Bahasa Ukraine: Юлія Володимирівна Тимошенко, pronounced [ˈjulijɑ ʋɔlɔˈdɪmɪriʋnɑ tɪmɔˈʃɛnkɔ]), née Grigyan[5][6] (Ukraine: Ґріґян, daripada nama keluarga Latvia "Grigan"),[7] lahir 27 November 1960, adalah seorang ahli politik Ukraine. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Ukraine dari 24 Januari hingga 8 September 2005, dan sekali lagi dari 18 Disember 2007 hingga 4 Mac 2010.[8][9] Beliau mendapat tempat ketiga dalam senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia Forbes 2005.[10] Tymoshenko merupakan ketua parti Batkivschyna dan Blok Yulia Tymoshenko.Yulia Tymoshenko adalah seorang ahli ekonomi dan akademik. Sebelum kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya walaupun berkontroversi dalam industri gas, menjadi antara jutawan terkaya di Ukraine. Sebelum menjadi Perdana Menteri wanita pertama Ukraine pada 2005,[11] Tymoshenko bersama-sama memimpin Revolusi Jingga.[12]Tymoshenko bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden Ukraine 2010,[13] namun tewas kepada Viktor Yanukovych (Tymoshenko mendapay 45.47% undi dalam pusingan kedua[14]). Pada mulanya Tymoshenko mencabar keputusan ini, mendakwa ada penipuan undi,[15][16] namun kemudian menarik balik rayuannya pada 20 Februari 2010 kerana merasakan mahkamah tidak berniat mencari kebenaran.[17]Bermula Mei 2010, beberapa kes jenayah dibuka terhadap Tymoshenko. Pada 11 Oktober 2011, sebuah mahkamah Ukraine menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara kepada Tymoshenko selepas beliau didapati bersalah menyalahgunakan jawatannya semasa menjadi broker urus janji gas 2009 dengan Rusia.[18] Sabitan ini dilihat sebagai "keadilan dilaksanakan secara terpilih di bawah dorongan politik" oleh Kesatuan Eropah dan pertubuhan antarabangsa lain.[19]Tymoshenko dibebaskan oleh kerajaan Yanukovych pada 22 Februari 2014, di hari-hari akhir "Revolusi Maidan", selepas satu semakan dibuat terhadap kanun jenayah Ukraine yang secara berkesan menyahjenayah tindakan yang membuatkan beliau dipenjarakan.[20][21] Tidak lama selepas pembebasannya, seorang sekutu Tymoshenko, Oleksandr Turchynov, dilantik sebagai presiden sementara Ukraine, menggantikan Yanukovych, yang melarikan diri dari ibu negara.[22]

Yulia_Tymoshenko

Lahir (1960-11-27) 27 November 1960 (umur 59)[4]
Dnipropetrovsk, Kesatuan Soviet
(kini Ukraine)[4]
Didahului oleh Aleksey Sheberstov (Tenaga)[1][2]
Alma mater Universiti Perlombongan Kebangsaan Ukraine
Universiti Kebangsaaan Dnipropetrovsk
Universiti Ekonomi Kebangsaan Kiev
Digantikan oleh Ivan Plachkov[3]
Pasangan Oleksandr Tymoshenko (1979–kini)
Parti politik Batkivschyna(1999–kini)
Blok Yulia Tymoshenko (2001–kini)
Anak-anak Yevhenia (Eugenia)
Sekutu gabunganpolitik lain Hromada (Sebelum 1999)
Laman sesawang Tapak rasmi
Presiden Viktor Yushchenko
Perdana Menteri Viktor Yushchenko

Rujukan

WikiPedia: Yulia_Tymoshenko http://www.armeniandiaspora.com/showthread.php?157... http://russianelection2008.blogspot.com/2007/11/yu... http://georgiandaily.com/index.php?option=com_cont... http://www.imepower.com/index.php?lang_id=3&menu_i... http://www.kyivpost.com/news/nation/detail/60896/ http://www.kyivpost.com/news/politics/detail/60998... http://www.nbcnews.com/storyline/ukraine-crisis/al... http://archive.newsmax.com/archives/articles/2005/... http://www.nytimes.com/2010/02/21/world/europe/21u... http://www.nytimes.com/2014/02/22/world/europe/ukr...