Ekonomi Virginia

Virginia mempunyai beberapa sektor ekonomi penting termasuk peemrintah pusat di bahagian utara negeri dan pengkalan tentera di Hampton Roads serta kawasan pertanian. Tempat bersejarah termasuk Jamestown, Yorktown dan muzium Colonial Williamsburg, sebuah destinasi popular pelancongan. Perkembangan sektor teknologi menjadikan cip komputer sebagai eksport utama Virginia yang diperkuatkan dengan sistem pendidikan Virginia di mana beberapa sekolah dan universitinya adalah yang terbaik di Amerika Syarikat.