Sejarah Virginia

Sejarah moden Virginia bermula dengan penempatan koloni pada tahun 1607 oleh Syarikat Virginia London. Ia adalah koloni tetap pertama di dunia baru dan menjadi salah satu dari 13 koloni yang mengambil bahagian dalam Revolusi Amerika. Perhambaan memainkan peranan penting pada permulaan perkembangan ekonomi dan politik Virginia, dan menyaksikan negeri itu keluar dari kesatuan Amerika Syarikat dalam Perang Saudara Amerika.