Virus Nipah
Virus Nipah

Virus Nipah

Virus NipahVirus Nipah dikenal pasti pada 1999 selepas ia menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi di ladang babi di semenanjung Malaysia, menyebabkan 105 kematian manusia dan pelupusan sejuta babi [1]. Di Singapura, 11 kes termasuk satu kematian berlaku dikalangan pekerja sembelihan yang terdedah kepada babi yang diimport ladang Malaysia. Virus Nipah dikelaskan oleh CDC sebagai agen Kategori C (http://www.bt.cdc.gov/agent/agentlist-category.asp).Simptom jangkitan dari wabak Malaysia terutamanya adalah ensefalitis pada manusia dan pernafasan bagi babi. Wabak berikutnya telah menyebabkan penyakit pernafasan pada manusia, meningkatkan kemungkinan jangkitan dari manusia ke manusia dan menunjukkan kewujudan jenis virus yang lebih berbahaya.Berasaskan data seroprevalence dan pengasingan virus, simpanan utama virus Nipah telah dikenal pasti sebagai kelawar buah (Pteropid fruit bats) termasuk Pteropus vampyrus (Keluang) dan Pteropus hypomelanus (Keluang Kecil), yang kedua-dua spesies terdapat di Malaysia.Virus Nipah juga dikesan merebak di Bangladesh dengan kadar kematian mencecah 80%. Kadar ini hampir menyamai dengan wabak Ebola, sementara SARS mempunyai kadar kematian sekitar 9 peratus.) Ia tidak dapat dipastikan punca kematian yang lebih tinggi ini adalah disebabkan jenis Bangladesh lebih merbahaya berbanding jenis di Malaysia, atau ia disebabkan faktor perkhidmatan kesihatan yang kurang baik. Untuk menghalang wabak, Malaysia kini menyaring contoh darah babi bagi mengesan virus Nipah. Penyebaran virus Nipah dari kelawar kepada babi dipercayai berlaku akibat peningkatan pertindanan antara kawasan habitat kelawar dengan kawasan pemeliharaan babi di semenanjung Malaysia. Di ladang indek (bermula berlaku wabak), kebun buah berada berdekatan dengan ladang babi, ini membenarkan tumpahan air kencing, najis dan buah yang digigit keluang dimakan pula oleh babi[2]. Kajian retrospespektif (undur balik) menunjukkan bahawa limpahan virus kepada babi mungkin telah berlaku di Malaysia semenjak 1996 tanpa dikesan [1]. Semasa 1998, penyebaran virus dibantu oleh pemindahan babi yang dijangkiti ke ladang lain dan memulakan wabak yang baru.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Virus Nipah http://www.csiro.au/csiro/content/standard/ps1so,,... http://www.horizonpress.com/gateway/animal-viruses... http://www.sciam.com/article.cfm?id=nipahs-return http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/biosecuri... http://www.bt.cdc.gov/agent/agentlist-category.asp http://www.cdc.gov/ncidod/EID/vol10no12/04-0701.ht... http://www.cdc.gov/ncidod/dvrd/spb/mnpages/dispage... http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs262/en... http://www.henipavirus.net http://www.icddrb.org/pub/publication.jsp?classifi...