Vojna_i_mir
Vojna_i_mir

Vojna_i_mir

Voyna i mir (Bahasa Rusia: Война и мир, translit. Vojna i mir - ejaan lama: Война и миръ - tajuk Bahasa Inggeris: War and Peace) ialah sebuah novel sejarah bahasa Rusia karya Leo Tolstoy. Novel ini berlatarkan zaman Empayar Rusia diserang pihak Perancis sambil mengisahkan kesan rejim Napoleon Bonaparte ke arah masyarakat Empayar Rusia melalui sudut pandang lima keluarga bangsawannya. Ia mula-mula diterbitkan secara bersiri dalam majalah Russkiy Vestnik dari 1865 hingga 1867.[1] Ia dibukukan pada tahun 1869.[2]Novel ini dianggap sebagai bukan sahaja antara mahakarya Leo Tolstoy, tetapi juga suatu mahakarya kesusasteraan dunia.[3][4][5]

Vojna_i_mir

Bahasa bahasa Rusia dengan beberapa selingan bahasa Perancis
Halaman 1,225 (first published edition)
Penerbit Russkiy Vestnik
Pengarang Leo Tolstoy
Tarikh penerbitan dihimpukan pada 1865–1867; dibukukan pada 1869
Negara Rusia
Jenis media Cetakan
Genre Novel sejarah