Voyager_1
Voyager_1

Voyager_1

Kapal angkasa lepas Voyager 1 ialah kuar angkasa lepas 722 kilogram (1,592 lb) yang dilancarkan oleh NASA pada 1977, untuk mengkaji Sistem Suria luar dan medium antara najam. Dilancarkan pada 5 September, kapal angkasa ini menerima arahan rutin dan menghantar data kembali melalui Deep Space Network. Dengan jarak sejauh 120 unit astronomi (1.8x1010 km) setakat Februari 2012,[1] ia merupakan object buatan manusia terjauh dari Bumi. Voyager 1 kini berada dalam heliosalut, iaitu lapisan terluar heliosfera. Pada 15 Jun 2012, ahli sains NASA melaporkan yang Voyager 1 mungkin berada sangat dekat untuk memasuki ruang antara bintang dan menjadi objek buatan manusia pertama meninggalkan Sistem Suria.[2][3]Pada 12 September 2013, NASA mengumumkan bahawa Voyager 1 telah memasuki ruang antara bintang pada 25 Ogos 2012, lalu menjadi objek buatan manusia pertama yang melakukan semikian.[4][5][6][7][8][9] Setakat 2013[update], peneroka angkasa lepas ini bergeraka dengan kelajuan relatif Matahari sebanyak 17kms.[10] Tenaga yang terdapat pada peneroka sudah menurun dan tidak akan dapat menegndalikan satu alat pun menjelang tahun 2025.Sebagai sebahagian daripada program Voyager, bersama dengan kapal kembarnya Voyager 2, kapal angkasa ini dalam misi lanjutan, ditugaskan mencari dan mengkaji sempadan Sistem Suria, termasuk lingkaran Kuiper, heliosfera dan ruang angkasa lepas antara najam. Misi utamanya tamat pada 20 November 1980, selepas melawati sistem Musytari pada 1979 dan sistem Zuhal pada 1980. Ia merupakan kuar angkasa lepas pertama menangkap imej terperinci dua planet terbesar Sistem Suria dan bulan mereka.

Voyager_1

Kenderaan Pelancar Titan IIIE / Centaur
Jenis misi Lintas terbang
Tempoh misi Sedang dijalankan (misi antara najam)
(41 tahun dan 25 hari berlalu) bertemu Musytari
(dicapai 1979-04-13)bertemu Zuhal
(dicapai 1980-12-14)
Lintas terbang Musytari, Zuhal
ID COSPAR 1977-084A
Kuasa 420 W (3 RTG)
Laman web Tapak web Voyager NASA
Jisim 721.9 kg (1,592 lb)
Tarikh Berlepas 1977-09-05 12:56:00 UTC
(42 tahun, 4 bulan dan 24 hari lalu)
Pengendali NASA / JPL
Kawasan Pelancaran Space Launch Complex 41
Cape Canaveral Air Force Station, Florida, Amerika Syarikat

Rujukan

WikiPedia: Voyager_1 http://heavens-above.com/solar-escape.asp http://www.heavens-above.com/solar-escape.asp http://www.latimes.com/science/sciencenow/la-sci-s... http://www.nytimes.com/2013/09/13/science/in-a-bre... http://www.smithsonianmag.com/science-nature/Timot... http://science.time.com/2013/03/20/humanity-leaves... http://www.universetoday.com/81662/voyager-1-has-o... http://www.youtube.com/watch?v=2pfwY2TNehw http://nssdc.gsfc.nasa.gov/nmc/masterCatalog.do?sc... http://nssdc.gsfc.nasa.gov/nmc/spacecraftDisplay.d...