WP:COPY

Matlamat Wikipedia ialah mencipta sumber maklumat dalam bentuk ensiklopedia secara percuma. Lesen yang kami guna memberikan capaian percuma kepada kandungan kami sama seperti perisian bebas dilesenkan. Oleh itu kandungan Wikipedia boleh disalin, disunting dan disebarkan selagi versi baru memberikan kebebasan yang sama kepada orang lain dan mengakui Wikipedia sebagai sumber. Oleh itu, rencana Wikipedia kekal percuma selamanya dan boleh digunakan oleh sesiapa pun tertakluk kepada beberapa syarat, yang bertujuan mengekalkan kebebasan tersebut.Untuk memenuhi matlamat tersebut, teks terkandung dalam Wikipedia dilesenkan kepada umum di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Teks penuh lesen ini terdapat di Wikipedia:Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Teks bahasa Inggeris GFDL merupakan satu-satunya dokumen sah (legally binding document); kandungan yang berikut merupakan pemahaman kami tentang GFDL: hak dan tanggungjawab pengguna dan penyumbang. PENTING: Jika anda ingin menggunakan kandungan Wikipedia, baca terlebih dahulu seksyen "hak dan tanggungjawab pengguna". Anda kemudian perlu membaca "Lesen Dokumentasi Bebas GNU".