Wabak_cacar_monyet_2022
Wabak_cacar_monyet_2022

Wabak_cacar_monyet_2022

Sebuah wabak cacar monyet disahkan pada 6 Mei 2022, bermula daripada seorang warga British yang mengalami simptom-simptom cacar monyet pada 29 April selepas pulang dari Nigeria, negara endemik cacar monyet. Orang ini pulang ke United Kingdom pada 4 Mei lalu menjadi kes indeks negara.[4]Sejak 18 Mei, kes-kes dilaporkan daripada pelbagai kawasan, terutamanya di Eropah, tetapi juga di benua Amerika, Timur Tengah dan Australia.[5][6][7][8] 334 kes telah dilaporkan setakat 26 Mei, dengan kria-kira sepertiga kes - 112 kes - dilaporkan sejak dua hari sebelumnya.[9]Asal beberapa kes cacar monyet di United Kingdom tidak dapat diketahui. Beberapa pemerhati melihat kepada anggapan sebaran dalam komuniti di kawasan London sejak pertengahan Mei.[10] Kes-kes lanjutan dilaporkan di timur laut dan tenggara England,[11] Scotland, Wales and Northern Ireland.[12][13][14]Cacar monyet ialah suatu jangkitan virus yang tampak selepas seminggu dua terdedah kepada jangkitan, dituruti dengan demam dan simptom-simptom tak khusus, kemudiannya menerbitkan ruam yang dapat berlanjut dalam dua minggu sebelum lazimnya pulih.[4] Dalam jangkitan-jangkitan sebelumnya, satu ke tiga orang per seratus kes maut. Kes cacar monyet dalam kanak-kanak berkemungkinan lebih parah.[15]

Wabak_cacar_monyet_2022

Baka virus Virus cacar monyet, klade Afrika Barat, subklade wabak 2017–2019[1]
Lokasi 25 negara
Tarikh 4 Mei 2022 – kini (24 hari)
Sumber Dari Nigeria (anggapan)[2][3]
Asal wabak London, England
Kes yang disyaki‡ 12
Penyakit Cacar monyet
Kematian 0
Kes yang teruk Sekurang-kurangnya 31 dimasukkan ke hospital
Kes yang disahkan 389

Rujukan

WikiPedia: Wabak_cacar_monyet_2022 //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.lanacion.com.ar/sociedad/viruela-del-m... https://www.abc.net.au/news/2022-05-20/monkeypox-c... https://abcnews.go.com/Health/wireStory/monkeypox-... https://www.haaretz.com/israel-news/israel-discove... https://www.nytimes.com/2022/05/18/health/massachu... https://twitter.com/ukhsa/status/15269763759193620... https://www.who.int/emergencies/disease-outbreak-n... https://www.who.int/emergencies/disease-outbreak-n... https://english.alarabiya.net/News/gulf/2022/05/24...