Waffen-SS

Waffen-SS (Sebutan bahasa Jerman: [ˈvafən.ɛs.ɛs], SS Bersenjata ataupun Tentera SS) telah diwujudkan sebagai sayap tempur bagi Schutzstaffel ("Skuad Pelindung") dalam Parti Nazi dan secara beransur-ansur berkembang menjadi pasukan tentera pelbagai etnik dan pelbagai negara Jerman Nazi.Waffen-SS berkembang dari tiga rejimen kepada lebih 38 divisyen semasa Perang Dunia II, dan berkhidmat bersama Heer (tentera darat tetap Jerman) tetapi tidak pernah secara rasmi menjadi sebahagian daripadanya. Adolf Hitler menentang kemasukan Waffen-SS kedalam tentera darat, kerana ia mesti kekal sebagai sayap bersenjata Parti dan menjadi sebuah pasukan elit polis apabila perang telah dimenangi. Sebelum perang ia diletakkan dibawah kawalan SS Führungshauptamt (Ibupejabat operasi SS) dibawah Reichsführer-SS Heinrich Himmler. Setelah pengerahan berlaku kawalan taktikalnya telah diserahkan kepada Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht).Pada mulanya keanggotaan dibuka kepada rakyat Jerman berketurunan "Bangsa Aryan", yang dikatakan Herrenvolk (ketuanan bangsa), mengikut ideologi ras Nazi. Pada tahun 1940 syarat-syarat ini sebahagiannya diabaikan, walaupun kaum-kaum yang dianggap oleh pihak Nazi sebagai "binatang" seperti etnik Poland atau Yahudi kekal dikecualikan. Hitler meluluskan formasi unit-unit yang terdiri dari sukarelawan dan askar asing. Di Perbicaraan Nuremberg Waffen-SS telah dituduh sebagai sebuah pertubuhan jenayah kerana hubungan kuatnya dengan Parti Nazi dan penglibatan dalam kebanyakkan jenayah perang. Para veteran Waffen-SS telah dinafikan banyak hak yang diberikan kepada veteran-veteran yang berkhidmat dalam Heer (tentera darat), Luftwaffe (tentera udara), atau Kriegsmarine (tentera laut). Pelepasan telah dibuat untuk askar-askar Waffen-SS yang mengangkat sumpah selepas tahun 1943, yang dikecualikan kerana pengabdian terpaksa mereka.

Waffen-SS

Aktif 1933–1945
Sebahagian daripada Wehrmacht (de facto)
Cawangan Schutzstaffel
Ketua upacara Heinrich Himmler
Kesetiaan Adolf Hitler
Pertempuran Perang Dunia II
Komanderterkenal
Saiz 38 Divisyen dan banyak unit-unit kecil pada kemuncaknya
Negara  Jerman Nazi
Moto Meine Ehre heißt Treue
(Kemuliaan ialah Kesetiaan)
Garison/HQ SS Führungshauptamt, Berlin
Jenis

Rujukan

WikiPedia: Waffen-SS http://www.historynet.com/massacre-at-malmedy-duri... http://www.historynet.com/world-war-ii-12th-ss-hit... http://www.historynet.com/world-war-ii-siege-of-bu... http://www.u-s-history.com/pages/h1753.html http://www.wsbtv.com/news/14243131/detail.html http://www.uni-bielefeld.de/Universitaet/Einrichtu... http://www1.jur.uva.nl/junsv/JuNSVEng/DTRR/DTCases... http://www.waffen-ss.no/diary-17-SS-Gotz-von-Berli... http://www.100thww2.org/overview/k.html //doi.org/10.1080%2F13518040600697969