Wail Mohammed al-Shehri (
Bahasa Arab: وائل الشهري, Wāīl ash-Shehrī) (31 Julai 1973
[1] – 11 September 2001) merupakan salah satu daripada lima perampas
Penerbangan 11 American Airlines yang dirampas dan diterbangkan ke Menara Utara
World Trade Center dalam
serangan 11 September 2001.Shehri pada mulanya ialah seorang guru sekolah rendah di
Khamis Mushait di wilayah
Asir,
Arab Saudi. Pada awal tahun 2000, beliau mengunjungi kota
Madinah untuk mendapatkan rawatan untuk masalah mental. Beliau bersama adiknya,
Waleed, mengembara ke
Afghanistan pada Mac 2000 dan menyertai kem latihan al-Qaeda di Afghanistan. Mereka beradik dipilih untuk menyertai serangan 11 September di samping beberapa rakan seperjuangan dari Arab Saudi. Setelah dipilih, Shehri kembali ke Arab Saudi pada Oktober 2000 untuk mendapatkan pasport baru, kemudian pulang ke Afghanistan. Pada Mac 2001, beliau merakamkan
wasiatnya dalam bentuk video.Shehri tiba di Amerika Syarikat pada awal Jun 2001, menginap di
motel-motel di
Boynton Beach,
Florida selatan. Pada 5 September 2001, Shehri pergi ke
Boston dan menginap di sebuah motel bersama Waleed. Enam hari kemudian, Shehri tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Boston pada awal pagi dan menaiki Penerbangan 11 American Airlines. 15 minit selepas berlepas, penerbangan itu dirampas lalu dihempaskan di Menara Utara WTC pada 8:46 pagi.