Walkman
Walkman

Walkman

Walkman adalah barisan jenama bagi pemain stereo peribadi keluaran Sony. Pada mulanya, istilah Walkman hanya merujuk kepada produk stereo peribadi keluaran Sony, tetapi kini istilah tersebut menjadi istilah umum yang turut merujuk kepada produk sama daripada pengeluar lain. Walkman telah mengubah cara hidup pengguna dengan membolehkan pengguna mendegar lagu-lagu kegemaran mereka secara bersendirian tanpa mengganggu orang lain. Pada Mac 2007, Sony mengembangkan jenama Walkman melalui model Walkman video pertama, NW-800.Selain jenama Walkman, Sony pernah menggunakan pelbagai jenama bagi jenis pemain stereo peribadi yang tertentu, antaranya termasuklah Discman bagi produk pemain cakera padat peribadi, namun Sony mula menghimpunkan kesemua produk pemain stereo peribadinya di bawah satu jenama iaitu Walkman pada lewat 1990-an.Produk Walkman tidak hanya terhad kepada alat pemain stereo peribadi semata-mata; ia turut dikembangkan dalam bentuk pemacu kilat USB dan juga telefon bimbit keluaran Sony Ericsson iaitu model-model siri W.