Walther_PP

Siri pistol Walther PP termasuk Walther PP, PPK, dan PPK/S. Ia adalah pistol semi automatik tendangan belakang (Blowback) yang dihasilkan oleh Carl Walther GmbH Sportwaffen di Jerman atau di bawah lesen dari Walther di Perancis dan Amerika Syarikat[1]. Pistol ini mempunyai ciri penukul terdedah, mekanisma picu aksi berkembar, kelopak peluru baris tunggal, dan laras kekal yang turut bertindak sebagai pemandu laras bagi spring melantun tunggal pistol. Walter PPK merupakan senjata Combat yang bagus dan dijual serendah $ 20 di Negara-negara Ketiga. Boleh memuatkan 6 butur peluru satu magazine. Terdapat senjata ini didalam bentuk BB guns atau senjata manik dan dijual di negara yang membenarkannya. Bentuknya yang kecil mudah untuk disimpan dan bagus untuk dimiliki kerana harganya yang murah dan mudah didapati. Amerika Syarikat adalah pengeluar utama PPK.

Walther_PP

Tempat asal Jerman
Sistem suapan kelopak kapasiti:
PP: 8+1 (.32 acp) or 7+1 (.380)
PPK: 7+1 (.32 acp) or 6+1 (.380)
Dalam perkhidmatan 1929 (PP),
1931 (PPK)
1968 (PPK/S)
Kartrij .32 ACP, .380 ACP.22LR, .25 ACP (6.35 mm)
Berat 682 g (PP)
568 g (PPK)
Perang Perang Dunia II
Panjang 174mm (PP)
154 mm (PPK)
Penglihatan Pembidik besi kekal
Panjang laras 99 mm (PP)
84 mm (PPK)
Pengeluar Walther
Jenis pistol semi-automatik
Aksi blowback, picu aksi berkembar

Berkaitan