Wan_Ahmad_Farid_Wan_Salleh
Wan_Ahmad_Farid_Wan_Salleh

Wan_Ahmad_Farid_Wan_Salleh

YA Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (57 tahun), adalah bekas ahli politik UMNO dari Terengganu ,Malaysia. Beliau dilantik sebagai Senator dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri mulai Mac 2008. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Syed Hamid Albar . Jawatan senatornya disambung dan meletak jawatan kerana calon BN/UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009. Apabila kalah dalam pilihan raya kecil, maka kelayakan beliau menjadi Senator sudah habis. Tidak ada penggal ketiga bagi seseorang Senator.[1] Beliau bersara dari politik pada bulan Mac 2013, dan kemudian meneruskan kareernya sebagai seorang peguamcara di Kuala Lumpur. Sekarang ini beliau ialah seorang pesuruhjaya kehakiman setelah dilantik pada 16.12.2015. Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 8.8.2019 [2]