† Kemunculan (Gol).
Wan Zack Haikal bin Wan Noor (lahir 28 Januari 1991) adalah seorang pemain
bola sepak Malaysia yang bermain untuk
Felda United sebagai seorang
pemain tengah dan juga
penyerang.
[1] Beliau adalah ahli
pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-19. Gol beliau yang pertama buat Malaysia bawah-19 adalah menentang
Myanmar di dalam
Kejohanan Remaja B-19 AFF 2009.
Malaysia telah memenangi 2-0 pada masa itu.
[2]Wan sebelum ini bermai bagi
Felda United FC sebelum dia dipindahkan ke
Harimau Muda B. Selepas
Harimau Muda B memenangi
Liga Premier 2009, beliau dinaikkan ke
Harimau Muda A kerana prestasi baik beliau di dalam pasukan
Harimau Muda B. Wan merupakan salah seorang daripada para pemain yang dipilih untuk melibatkan diri di dalam latihan ke Slovakia bagi
Harimau Muda A pada 5 September 2010 sehingga 9 November 2010.Kelab divisyen tiga Jepun,
FC Ryukyu telah menyunting
Wan Zack Haikal untuk menyertai kelab tersebut selama dua tahun bersama seorang lagi pemain tonggak
Harimau Muda A Nazirul Naim Che Hashim yang mengikat kontrak selama setahun.Pemergian Wan Zack dan Nazirul Naim ke Negara Matahari Terbit itu akan menjadi penanda aras kemampuan pemain negara untuk bersaing di pentas lebih tinggi dan FC Ryukyu tidak menghadapi masalah untuk terus merekrut bakat baru dari Malaysia. Prestasi Wan Zack telah lama di perhatikan oleh Kelab divisyen tiga Jepun,
FC Ryukyu untuk bermain di kelab itu. Beliau juga pernah menjalani latihan di
Okinawa selama dua minggu dan bakal menyarung jersi bernombor 33.Sejarah tercipta kerana Wan Zack Haikal dan Nazirul Che Hisham merupakan pemain Malaysia pertama yang bakal bermain dalam Liga jepun (Liga-J)
J. League.
[3] [4]