Kerjaya Wang_Zhengming

2010

Pada tahun 2010, Wang telah membuktikan bahawa beliau telah memenangi dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Pencapaian terbesar beliau ialah sebagai naib juara apavila beliau tewas kepada pemain profesional, Lin Dan dalam Kejohanan Badminton Asia 2010. Menjelang akhir tahun 2010, ranking Wang telah naik mendadak dari ranking ke-200 sehingga tempat ke-43.

2011

Wang telah mencapai separuh akhir apabila berjaya menewaskan pemain China, Chen Jin 21-11, 21-14 dalam Terbuka Korea Super Series 2011. Namun, beliau tewas kepada Lee Chong Wei. Di Terbuka Singapura Super Series 2011, Wang berjaya menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat kemudian Viktor Axelsen. Ketika perlawanan akhir, beliau bertemu dengan Chen Jin tetapi tewas.

2013

Pada bulan Mac, Wang akhirnya memenangi kejohananya seniornya dalam Terbuka Swiss 2013, dengan menewaskan rakan senegaranya Du Pengyu di perlawanan akhir, 21-18 21-18.