Menu
Waris_Jari_Hantu PlotTok Wan Rimau (Azean Irdawaty), penjaga harimau saka (iaitu yang mana badannya boleh bertukar bentuk menjadi harimau apabila diperlukan), sedang mencari seorang pewaris wanita untuk mewarisi kuasanya. Tina (Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) merupakan saudara-mara Tok Wan yang juga sahabat karib sesama sendiri. Harimau saka Tok Wan itu melindungi keluarganya dan kampung mereka daripada bahaya. Tina yang mencintai Ari itu sedang mengembangkan impian rahsianya untuk mengahwini Ari sungguhpun para orang kampung menyindir Ari kerana sifat keperempuanannya. Oleh sebab amat tersentuh oleh hinaan orang kampung, Ari terus berselindung di sebalik hubungan rapatnya bersama Tina. Sungguhpun dibantah ibu bapanya, Tina kelihatan bakal menjadi penjaga harimau saka seterusnya, namun Ari tampil ke hadapan untuk menawarkan dirinya sebagai penjaga semangat mistik tersebut.
Menu
Waris_Jari_Hantu PlotBerkaitan
Waris Warisan budaya tidak ketara Waris Jari Hantu Waris (siri TV) Warisan budaya Warisan Ingatan Dunia Waris Kasih Warisan Rockers Waris (kumpulan muzik) Warisan bersama umat manusiaRujukan
WikiPedia: Waris_Jari_Hantu http://www.warisjarihantu.com http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2006/...