Pertanian Wasabi

Berdasarkan tempat penanaman, wasabi secara besar dibahagi kepada dua jenis, wasabi air (sawa wasabi) yang ditanam di anak sungai (bahasa Jepun: sawa), dan wasabi ladang (hatake wasabi) yang ditanam di ladang. Wasabi ladang boleh dituao setelah berumur 18 bulan. Daun, tangkai, dan rizoma wasabi ladang dicampur dengan hampas beras hasil perahan sake. Hasilnya ialah makanan yang disebut wasabizuke sebagai pendamping nasi yang rasanya masin, manis, dan pedas menyengat. Wasabi air ditanam untuk diambil bahagian rizoma yang dimakan mentah setelah diparut. Penanaman kecil-kecilan wasabi di saluran air dan anak sungai sering dijumpai di kawasan pergunungan di Jepun. Wasabi air memerlukan air yang bersih dan sejuk di tanah yang berpasir dan subur.

Wasabi air yang dihasilkan melalui perkebunan memiliki rizoma yang lebih besar dibandingkan wasabi ladang atau wasabi liar. Rizoma mengeluarkan Allyl isotiosianat yang bersifat antimikrob, sehingga tanah di sekitarnya bebas mikrob. Tanaman tidak boleh menjadi besar kerana di tanah sekelilingnya tidak terdapat mikrob yang dapat menyuburkan tanah. Selain itu, wasabi perlu tumbuh di aliran air yang bersih dan bening supaya Allyl isotiosianat ikut terbawa bersama air, dan tanaman tidak ikut teracuni. Rizoma wasabi air bisa menjadi besar bila semua kondisi terpenuhi.

Penuaian wasabi tidak mengenal musim dan boleh dituai bila-bila masa. Tanaman siap boleh dituai setelah 3-4 tahun, dan akar yang dapat dituai adalah sedikit, sehingga wasabi terutama wasabi segar menjadi mahal. Hanya terdapat sedikit tempat yang sesuai dijadikan pusat penghasilannya di Jepun:

Penghasilan dalam negeri tidak pernah mencukupi dan wasabi berharga mahal, sehingga Jepun perlu mengimport sejumlah besar wasabi dari daratan China, Taiwan, dan New Zealand.