Kerjaya Watt_Marcus

Masterpiece (2003-kini)

Rencana utama: Kumpulan Masterpiece

Watt Marcus ialah bekas pemain bass untuk kumpulan rock yang bernama Black Monkey dari Sibu, Sarawak, bersama-sama dengan penyanyi utama kumpulan pada masa itu, Depha.[2] Pada tahun 2003, semasa beliau masih bermain untuk Black Monkey, beliau telah didatangi oleh seorang ahli pengasas Masterpiece, Willy Edwin dan adiknya Kennedy Edwin untuk menyertai band ini sebagai pemain bes.[1] Beliau telah menjadi anggota tetap band ini dan bertanggungjawab untuk Bassline pada semua album yang dikeluarkan oleh band ini.[5][6][7]