Sejarah Wehrmacht

Selepas Perang Dunia I berakhir dengan gencatan senjata pada 11 November 1918, angkatan tentera digelar Friedensheer (tentera keamanan) pada Januari 1919. Pada Mac 1919, persidangan parlimen meluluskan undang-undang penubuhan sebuah tentera permulaan yang berjumlah 420,000 askar sebagai Vorläufige Reichswehr. Syarat-syarat Persetiaan Versailles telah diumumkan pada bulan Mei, dan pada Jun, Jerman telah dipaksa menandatangani perjanjian tersebut yang mana, antara syarat-syarat lain,dikenakan kekangan yang teruk pada saiz angkatan tentera Jerman. Tentera darat telah dihadkan pada 100,000 orang dengan satu tambahan 15,000 orang dalam tentera laut. Armada laut adalah terdiri daripada 6 buah kapal tempur, 6 buah kapal kruiser, dan 12 buah kapal pembinasa. Kapal selam, kereta kebal, dan artileri berat telah dilarang dan tentera udara dibubarkan. Sebuah organisasi baru tentera (Reichswehr) telah ditubuhkan pada 23 Mac 1921. Pengerahan am telah dimansuhkan dibawah mandat satu lagi Persetiaan Versailles.

Wehrmachtsadler ("Helang Wehrmacht") adalah satu lambang yang dipasang pada helmet Wehrmacht (model 1942).