Westland_Sea_King
Westland_Sea_King

Westland_Sea_King

Westland WS-61 Sea King adalah sebuah helikopter buatan Britain yang dibina secara berlesen berdasarkan model Sikorsky S-61 buatan Amerika Syarikat. Ia dikeluarkan oleh Westland Helicopters. Helikopter ini berbeza dengan versi buatan Amerika, di mana ia dilengkapkan dengan enjin Rolls-Royce Gnome dan sistem peperangan anti-kapal selam buatan Britain serta sistem kawalan berkomputer sepenuhnya. Westland Sea King juga dikeluarkan sebagai versi pengangkut anggota komando untuk pasaran eksport.